Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh jalan di beberapa kawasan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, Km 6.7, lorong kiri hala Muara bermula esok (31 Mac).

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, penutupan sementara berkenaan adalah bagi pelaksanaan kerja-kerja mengganti kalbat lama yang rosak di kawasan berkenaan.

    Dalam kenyataan berasingan, JKR turut memaklumkan mengenai penutupan sementara jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, hala Kota Batu, mulai BM6.1KM hingga BM2.2KM disebabkan kerja-kerja pemasangan sensor weigh in motion (WIM) di jalan berkenaan yang telah bermula pada 25 Mac lalu dan akan dilanjutkan sehingga esok (tertakluk kepada cuaca).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda