Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tanah Jambu 1 pada hari ini, 15 Mei sehingga kerja selesai bermula pukul 7 pagi hingga pukul 9 malam, tertakluk kepada keadaan cuaca, bagi membolehkan kerja-kerja membaiki jalan raya berkenaan untuk dilaksanakan.

Selain itu, JKR turut memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah, jalan Sungai Akar pada 19 hingga 27 Mei nanti bermula pukul 10.30 malam hingga pukul 5.30 pagi.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaiki jalan rosak untuk dilaksanakan iaitu Km 5.3 hingga km 4.7 dan km 3.3 hingga km 2.7.
Semua di atas: Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JKR
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menyatakan bahawa jalan alternatif disediakan dan menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.