Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien bermula 30 Januari hingga 2 Februari dari pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk menggunakan jalan alternatif, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan itu.