Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di jambatan berdekatan Simpang 635, Jalan Labu dan berdekatan Landang Padi Perdayan, Jalan Labu, Temburong bermula kelmarin hingga 11 Mei, dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang.
JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan bahawa penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan menuju ke jambatan berkenaan dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan itu.


