Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Separuh jalan di Jalan Elizabeth II berhadapan Bangunan Sekretariat dan Bangunan PGGMB, di ibu negara akan ditutup sementara pada 9 hingga 15 Ogos, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, tertakluk keadaan cuaca.
Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik di kawasan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.


