Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh Jalan Jerudong-Jalan Pulau Kubu

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Separuh jalan di Persimpangan Lampu Isyarat J52, Jalan Jerudong-Jalan Pulau Kubu (Sekolah Rendah Jerudong) akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 29 Mei.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan penutupan sementara dari pukul 11 malam hingga 3 pagi itu adalah bagi kerja-kerja pemasangan loop sensor di jalan berkenaan, namun tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati ketika melalui di kawasan itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda