Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara separuh Jalan Junjongan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Junjongan esok bermula jam 7 pagi.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, penutupan sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda