Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara stesen minyak bagi Februari

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Beberapa buah stesen minyak di tiga buah daerah dijadualkan untuk ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan untuk pam minyak bagi Februari 2023.

    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan akan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak.

    Menurut SDT, langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 15, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukatan dan timbangan bagi tujuan perdagangan.

    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar 2 jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan pada Februari di Daerah Brunei dan Muara ialah 7 Februari di Stesen Minyak Tasamul Lumapas, 8 Februari di Stesen Minyak Ikatan Teluk Mewah, 9 Februari di Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad, 11 Februari di Stesen Minyak Bebatik, 13 Februari di Stesen Minyak Riverine dan 14 Februari di Stesen Minyak Masjory.

    Bagi Daerah Belait pada 13 Februari di Stesen Minyak Syarikat Sepakat, manakala itu, bagi Daerah Tutong pula pada 16 Februari di Stesen Minyak Telisai Sdn Bhd serta 20 Februari di Stesen Minyak KOPEKLAP, Lubok Pulau.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda