Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penutupan sementara stesen minyak di empat daerah bermula Mac

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Beberapa buah stesen minyak di keempat-empat daerah dijadualkan untuk ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak bagi Mac 2024.

                Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi menyatakan bahawa langkah berkenaan adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

                Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula 9 pagi bagi sebelah pagi dan 2 petang bagi sebelah petang hingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar 2 jam.

                Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu merupakan pemeriksaan rutin yang dikendalikan sebanyak tiga kali setahun.

                Stesen-stesen minyak yang terbabit bagi Daerah Brunei dan Muara pada 2 Mac di Syarikat Stesen Minyak Gadong, 4 Mac di Syarikat Stesen Minyak Koperasi Usahajaya Pekira Berhad, 5 Mac di Syarikat Stesen Minyak IBA dan Syarikat Stesen Minyak TAIB Delima, 6 Mac di Syarikat Stesen Minyak Persatuan TIBA, 7 Mac di Syarikat Stesen Minyak Shahryza, 9 Mac di Syarikat Stesen Minyak Pekan Muara, 11 Mac di Syarikat Stesen Minyak Amanah serta bagi dari pukul 2 petang hingga 4 petang, bagi Daerah Brunei Muara pada 4 Mac di Syarikat Stesen Minyak Hajah Badariah dan Anak-Anak.

                Bagi Daerah Belait pada 7 Mac di Syarikat Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu, bagi Daerah Temburong pada 9 Mac di Syarikat Stesen Minyak Negalang Maju Sdn Bhd manakala itu, bagi Daerah Tutong pada 18 Mac di Syarikat Stesen Minyak Perusahaan Cahaya Pakatan Berhad dan 19 Mac di Syarikat Stesen Minyak KODRAT Berhad (Koperasi Dataran Gong Tiga).  

                Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT, IBE melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn atau melalui talian 2334092

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda