Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Ujian swab di Kompleks Sukan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Talian Nasihat Kesihatan 148 akan ditutup sementara pada 30 April bagi cuti kelepasan awam sempena Nuzul Al-Quran.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini mengatakan, orang ramai yang ingin mendapatkan ujian swab pada hari tersebut bolehlah mendapatkannya di Pusat Kesihatan Berakas pada pukul 2 petang hingga 3.30 petang dan dari pukul 7:30 malam hingga 9:30 malam.
Manakala itu, pusat-pusat vaksinasi COVID-19 di seluruh daerah juga tidak akan beroperasi pada 1 Mei disebabkan cuti kelepasan awam sempena Nuzul Al-Quran.
Kementerian Kesihatan memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi dari perubahan waktu operasi itu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.