Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Separuh jalan di Jalan Jerudong akan ditutup sementara esok sehingga kerja-kerja selesai bermula pukul 6 malam hingga pukul 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Dalam kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membaiki dan penurapan asfalt jalan raya di jalan berkenaan berdekatan Simpang 714 dan Simpang 344 untuk dilaksanakan.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya tersebut untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


