Oleh Salawati Haji Yahya
BELAIT, 13 FEB – Jalan di Jambatan Rasau, Kuala Belait akan ditutup separuh buat sementara waktu bermula hari ini sehingga 20 Februari depan pada jam 8:30 pagi hingga 5 petang.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR), penutupan adalah bagi kerja-kerja penurapan asfalt di jalan menuju ke jambatan itu.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.


