Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penyair terkenal Palestin maut dalam serangan Israel

    BANDE DE GAZA, 8 DIS – Penyair Palestin, Refaat Alareer, salah seorang pemimpin generasi muda pengarang di Gaza yang memilih untuk menulis dalam bahasa Inggeris untuk menceritakan kisah mereka, terbunuh dalam serangan Israel, kata rakan-rakannya semalam.

    “Hati saya hancur, rakan dan rakan sekerja saya, Refaat Alareer telah dibunuh bersama keluarganya beberapa minit lalu,” tulis rakannya, penyair Gaza, Mosab Abu Toha, di Facebook.

    “Saya tidak mahu percaya ini. Kami berdua suka memetik strawberi bersama-sama,” tambahnya. Israel telah melakukan serbuan lanjut pada petang kelmarin di utara Semenanjung Gaza, menurut pihak berkuasa Hamas.

    Alareer berkata beberapa hari selepas Israel memulakan serangan darat pada Oktober bahawa dia enggan meninggalkan utara Gaza, pusat pertempuran pada masa itu.

    “Pembunuhan Refaat adalah tragis, menyakitkan dan keterlaluan. Ia adalah satu kehilangan besar,” tulis rakannya, Ahmed Alnaouq di X.

    Laman web Hab Sastera turut memberi penghormatan kepadanya, manakala pengarang dan wartawan, Ramzy Baroud menulis di X, ‘Rehat dengan tenang Refaat Alareer. Kami akan terus dibimbing oleh kebijaksanaan awda, hari ini dan untuk selama-lamanya.’ – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...