Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyakit ‘aneh’ ragut 27 jiwa

    KINSHASA, 5 DIS – Satu penyakit yang tidak dikenal pasti telah membunuh kira-kira 27 orang dalam masa lebih sebulan di barat daya Republik Demokratik Congo, kata pegawai kesihatan, kelmarin.

    Penyakit yang menyebabkan demam, sakit kepala dan batuk itu setakat ini telah menjejaskan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.

    Kes-kes tersebut telah berlaku di wilayah Panzi, yang mempunyai kemudahan kesihatan terhad dan terletak sekitar 700 kilometer tenggara ibu negara, Kinshasa.

    “Penyakit berkaitan kesihatan awam yang dikesan sejak 24 Oktober telah menyebabkan 27 orang maut daripada jumlah keseluruhan 382 orang yang terjejas,” kata Institut Kesihatan Awam Negara dalam laporan Selasa lalu dan dihantar kepada AFP.

    Menurut pihak berkuasa tempatan, jumlah itu mungkin meningkat.

    “Masyarakat sivil dan ketua doktor zon kesihatan Panzi telah melaporkan tentang kehilangan 67 nyawa,” kata Menteri Kesihatan Wilayah Panzi, Apollinaire Yumba.

    Satu pasukan ahli epidemiologi telah dihantar ke kawasan itu, tambahnya, yang menggesa orang ramai supaya tidak panik dan mengehadkan pergerakan mereka.

    Beliau menambah orang ramai juga perlu mengelakkan daripada melakukan kontak sosial dan supaya kerap mencuci tangan. – AFP

    Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda