Tuesday, October 4, 2022
22.9 C
Brunei

Penyakit bawaan air merebak di wilayah banjir

-

ISLAMABAD, 1 SEPT – Pegawai kesihatan Pakistan hari ini melaporkan wabak penyakit bawaan air di kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini telah memecah rekod, ketika pihak berkuasa meningkatkan usaha untuk memastikan penyediaan air minuman bersih kepada ratusan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana itu.

Cirit-birit, penyakit kulit dan jangkitan mata merebak di kem bantuan yang ditubuhkan oleh kerajaan di seluruh negara.

Lebih 90,000 kes cirit-birit dilaporkan dari salah satu wilayah yang paling teruk dilanda, Sindh, dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh pegawai kesihatan.

Perkembangan terbaharu itu berlaku sehari selepas Pakistan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membangkitkan kebimbangan terhadap penularan penyakit bawaan air dalam kalangan mangsa banjir.

Pakistan menyalahkan perubahan iklim kerana hujan monsun awal dan lebat yang luar biasa, yang sejak Jun telah menyebabkan banjir kilat yang telah membunuh 1,191 orang dan menjejaskan 33 juta orang.

Air banjir terus surut di kebanyakan kawasan negara itu, tetapi banyak daerah di selatan wilayah Sindh kekal ditenggelami air.

Di wilayah Sindh, beribu-ribu kem perubatan telah didirikan di kawasan yang dilanda banjir untuk merawat mangsa, kata menteri kesihatan wilayah, Dr Azra Fazal Pechuho. – AP

Mangsa banjir membawa barang-barang kepunyaan dari rumah mereka di Shikarpur, wilayah Sindh pada 31 Ogos 2022. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -