Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes

    KUALA LUMPUR, 30 JULAI – Jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas setakat semalam, meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes pada 23 Julai lepas.

    Laporan ringkas status cuaca panas agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang memetik Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu 81 kes berpunca kelesuan haba, 27 kes strok haba dan lapan kes kejang haba.

    Bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri ialah 20 kes di Terengganu, Kedah (19), Johor (14), Pahang (14), Perak (11), Negeri Sembilan (10), Selangor (sembilan), Sabah (tujuh), Kelantan (empat), Perlis (empat), Kuala Lumpur (tiga) dan satu kes di Pulau Pinang.

    Pecahan kes mengikut umur pula ialah 90 dewasa, 21 remaja, tiga kanak-kanak dan dua warga emas.

    Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada minggu ini menjadikan kematian akibat strok haba kekal lima kes dan hanya satu kes strok haba yang masih dalam rawatan di wad biasa Hospital Segamat, Johor.

    Bagi status cuaca panas terkini, semalam tujuh daerah mencatatkan cuaca panas tahap 1 iaitu suhu maksimum harian 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, melibatkan Rompin, di Pahang serta daerah Kuching, Sri Aman, Kapit, Sibu, Marudi dan Telang Usan di Sarawak.

    Bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos ini dijangkakan tahap amaran paling maksimum yang akan dikeluarkan adalah pada tahap 1 sahaja.

    Mengenai storan empangan, terdapat dua empangan yang menunjukkan penyusutan baki stok simpanan semasa air mentah dan berada pada paras bahaya setakat semalam. – Bernama

    Gambar Canva

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Empangan pecah, seorang maut di Lam Dong

    HANOI, 2 NOV - Sebuah empangan yang dibina di...

    Maghribi guna panel solar terapung jimat air, jana tenaga

    MAGHRIBI, 31 OGOS – Maghribi yang sedang mengalami cuaca...

    Empangan musnah berhampiran gunung berapi di Rusia

    VLADIVOSTOK, 6 OGOS – Sebuah empangan berhampiran Gunung Klyuchevskoy...

    Sabah lancar pusat kawalan bencana pertama di Malaysia

    KOTA KINABALU, 2 JULAI – Ketua Menteri Sabah, Datuk...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...