MIAMI, 1 Ogos – Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit gusi berdepan risiko lebih tinggi beberapa jenis kanser, terutamanya ketumbuhan dalam esofagus dan payu dara, satu kajian AS mendapati hari ini.
“Sejarah penyakit gusi berkaitan dengan 14 peratus risiko lebih tinggi menghidap sebarang penyakit kanser,” menurut kajian yang disiarkan dalam Cancer Epidemiology, Biomarkers and Prevention, satu jurnal Pertubuhan Amerika bagi Penyelidikan Barah.
“Kaitan paling kuat ialah barah esofagus, yang lebih tiga kali ganda berkemungkinan dalam wanita yang mengalami penyakit gusi.”
Para penyelidik juga mendedahkan “secara signifikan risiko lebih tinggi” menghidap kanser paru-paru, pundi hempedu, melanoma dan payu dara.
Kajian itu mengambil masa dari tahun 1999 hingga 2013 dan melibatkan lebih 65,000 wanita yang pasca menopaus yang telah mengisi soal selidik tentang kesihatan mereka.

Wanita-wanita itu berusia 54 hingga 86 tahun, diikuti bagi tempoh purata lapan tahun.
Penyelidikan sebelumnya menunjukkan mereka yang mengalami penyakit gusi berdepan risiko lebih tinggi beberapa penyakit barah.
Kajian ini adalah yang pertama menumpu pada kaitan penyakit gusi dengan semua penyakit barah, dan dalam penduduk semua wanita, menurut pengarang kanan Jean Wactawski-Wende, dekan Sekolah Kesihatan Awam di Universiti State of New York di Buffalo.
Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengetahui bagaimana sebenarnya penyakit gusi boleh me-ngembangkan barah, tambahnya.
Satu teori ialah patogen berbahaya mungkin dibawa dalam air liur dan plak gigi, atau melalui tisu gigi berpenyakit ke dalam peredaran darah.
Wactawski-Wende berkata “Eso-pagus berkaitan rapat dengan rongga mulut dan dengan demikian patogen gusi mungkin lebih semudahnya mendapat laluan masuk dan menjangkiti mukosa esofagus dan meningkatkan risiko barat di tempat itu.” – AFP