Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyakit haiwan meningkat di Vietnam

    HANOI, 10 NOV – Penyakit-penyakit haiwan meningkat di Vietnam dengan lebih 93,000 ayam itik dan 53,000 ekor khinzir telah ditakai setakat ini, disebabkan selesema burung dan selesema khinzir Afrika (ASF), lapor media hari ini.

    Sebanyak 40 penularan wabak selesema burung A/H5N1, A/H5N6 dan A/H5N8 telah direkodkan di 21 wilayah dan bandar dalam tempoh tersebut, lapor akhbar Vietnam News.

    ALebih 1,150 penularan ASF di seluruh 51 wilayah dan bandar, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

    Selain itu, berlakunya enam penularan penyakit kaki dan mulut di tujuh wilayah, dengan 518 lembu dijangkiti dan 135 penularan rabies haiwan, menyebabkan 52 kematian manusia berkaitan rabies. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda