Sunday, January 12, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyakit lembu gila dikesan di Belanda

    THE HAGUE, 2 FEB – Pegawai Belanda telah mengesan satu kes bovine spongiform encephalopathy (BSE), lebih dikenali sebagai ‘penyakit lembu gila’, dalam bangkai lembu, kata kementerian pertanian semalam.

    Haiwan itu, seekor lembu berusia lapan tahun, diuji positif dijangkiti varian ‘atipikal’ yang wujud dalam haiwan dan dipercayai menimbulkan risiko kepada manusia.

    Ia merupakan kes pertama seumpama itu di Belanda sejak 2011. Lembu yang dijangkiti itu ‘tidak memasuki rantaian makanan dan tidak menimbulkan risiko kepada keselamatan makanan,’ kata Menteri Pertanian, Piet Adema.

    BSE dikaitkan dengan penyakit Creutzfeldt-Jakob manusia yang membawa maut sekiranya daging tercemar dimakan.

    Varian atipikal BSE berlaku sekali-skala dalam lembu lebih tua, sementara jenis biasa merebak apabila petani memberi makan daging dan tulang bangkai haiwan kepada lembu ternakan mereka.

    Varian jenis biasa menimbulkan lebih banyak risiko kepada manusia.

    Pegawai Belanda telah menutup ladang yang terjejas di wilayah Holland Selatan, dan membunuh seekor anak lembu serta haiwan yang bersama lembu dijangkiti itu.

    “Pada keseluruhannya, 13 lembu telah dikesan dan akan dihapuskan dan diuji untuk BSE,” kata kementerian dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda