NAIROBI, 20 DIS – Penyakit yang tidak diketahui sebelum ini yang telah meragut berpuluh-puluh nyawa di Republik Demokratik (DR) Congo berkemungkinan malaria, kata badan pemantau kesihatan Kesatuan Afrika, kelmarin.
Pertama kali dikesan pada akhir Oktober, kes penyakit itu tertumpu di wilayah Panzi, sekitar 700 kilometer tenggara ibu negara, Kinshasa.
“Diagnosis perubatan sekarang ini mendapati ia adalah malaria,” kata Ketua Kakitangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan Ketua Pejabat Eksekutif Afrika, Ngashi Ngongo, melalui taklimat dalam talian.
Keadaan itu telah diburukkan lagi oleh kekurangan zat makanan di rantau berkenaan, katanya sambil menyifatkan ia sebagai hipotesis yang mungkin benar.
Teori penyakit pendarahan itu berlaku di sebalik latar belakang malaria tidak diketepikan, kata Ngongo.
Data dari CDC Afrika menunjukkan penyakit itu telah membunuh 37 orang di kemudahan kesihatan di Panzi daripada hampir 600 kes.
Kira-kira 44 kematian lain telah dilaporkan pada peringkat komuniti dan sedang dalam siasatan. – AFP