Wednesday, February 26, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyakit misteri ragut lebih 50 nyawa di Congo

    KINSHASA, 25 FEB – Satu penyakit misteri telah meragut lebih 50 nyawa di barat laut Congo, menurut doktor di lapangan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin.

    Tempoh antara permulaan gejala dan kematian adalah 48 jam dalam kebanyakan kes, dan “ia benar-benar membimbangkan,” beritahu Serge Ngalebato, Pengarah Perubatan Hospital Bikoro, sebuah pusat pemantauan serantau, kepada The Associated Press.

    Wabak penyakit terbaharu di Republik Demokratik Congo bermula pada 21 Januari, dengan 419 kes telah direkodkan termasuk 53 kematian.

    Menurut pejabat WHO di Afrika, wabak pertama di bandar Boloko bermula apabila tiga orang kanak-kanak memakan kelawar dan meninggal dunia dalam tempoh 48 jam selepas mengalami gejala demam berdarah.

    Kebimbangan telah lama timbul mengenai penyakit yang tersebar dari haiwan kepada manusia di kawasan di mana haiwan liar sering dimakan. Jumlah wabak di Afrika telah meningkat lebih 60 peratus dalam dekad terakhir, menurut WHO pada 2022.

    Selepas wabak penyakit misteri kedua ini bermula di bandar Bomate pada 9 Februari, sampel daripada 13 kes telah dihantar ke Institut Penyelidikan Bioperubatan Nasional di ibu negara Congo, Kinshasa, untuk ujian, kata WHO. – AP

    Seorang penjual sayur membawa bawang sambil mencari pelanggan ketika orang ramai berkumpul di tepi Tasik Kivu, Bukavu, pada 21 Februari 2025. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda