Pemain bola sepak David Beckham agak terbuka tentang perjuangan penyakit gangguan obsesif kompulsif (OCD) yang dihidapinya. Dalam beberapa temu bualnya sebelum ini, David mendedahkan tahap OCDnya kadang-kadang boleh memenatkan dirinya dan menyusahkan seluruh keluarganya.
Menurut Murai.My, bagaimanapun, bapa kepada empat orang anak itu pernah memberitahu keluarganya bahawa penyakitnya itu boleh digunakan dengan baik. Malah dia juga pernah memberitahu keluarganya tanpa dia, “tiada apa yang akan jadi kemas, diatur dan kamu akan melupakan banyak perkara”.
“Saya mempunyai OCD, di mana segala-galanya perlu dalam sepasang atau sebaris. Saya akan susun tin Pepsi di dalam peti ais dan jika ada nombor ganjil, saya akan pindahkan ke almari lain. Semuanya mesti sempurna!”
Berkongsi mengenai OCD dalam kehidupan hariannya dalam episod dokumentari Netflix Beckham, David mengakui tabiatnya itu membuatkan dia jadi berdisiplin.
Contohnya, bangun pagi, sediakan sarapan untuk anak, kemudian bawa ke sekolah.
Selepas itu, dia pulang bersenam bersama isteri, Victoria Beckham. Selepas bersenam, dia pergi kerja, kemudian menjemput Harper untuk pulang dan menyediakan makan malam.
Dalam salah satu episod Beckham, David menunjukkan betapa tersusun dan kemas almari pakaiannya. Bukan itu sahaja, dia juga turut menyediakan pakaian yang akan dipakainya seminggu lebih awal. – Agensi
