Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyakit Rabies tidak ada di Brunei

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Merujuk Siaran Akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Sarawak, Malaysia pada 15 Ogos 2023 yang mengesahkan bahawa Marudi, Miri telah dikenalpasti sebagai salah satu kawasan yang dijangkiti penyakit Rabies setelah seekor anjing liar disahkan positif Rabies pada 2 Ogos 2023, sebanyak 73 kawasan di negeri tersebut kini telah dijangkiti penyakit Rabies.

    Jawatankuasa Pasukan Bertindak bagi Menangani Penyakit Zoonotik terdiri dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan bahawa setakat ini, Alhamdulillah, tidak ada kes jangkitan Rabies di kalangan manusia ataupun haiwan telah direkodkan di Negara Brunei Darussalam.

    – Freepik

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Sabtu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda