Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyalaan lampu biru di dua jambatan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Bersempena Sambutan Minggu Kesedaran Rintangan Antimikrob Sedunia 2024, lampu di jambatan pejalan kaki Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah dinyalakan dalam warna biru.

    Rintangan antimikrob (AMR) berlaku apabila jangkitan-jangkitan tidak lagi memberi tindak balas kepada rawatan antimokrob.

    Minggu Kesedaran Rintangan Antimikrob Sedunia 2024 (WAAW) membawa tema Mendidik, Menyokong, Bertindak Sekarang dan disambut pada setiap tahun dari 18 hingga 24 November.

    Sambutan pada tahun ini menekankan kepentingan dalam meningkatkan kesedaran dan pemahamanan tentang AMR dan mempromosikan amalan terbaik dalam kalangan pihak berkepen-tingan untuk mengurangkan kemunculan dan penyebaran AMR atau jangkitan rintangan ubat.

    Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien diterangi lampu biru sempena Sambutan Minggu Kesedaran Rintangan Antimikrob Sedunia 2024. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda