Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyalahgunaan ubat tanpa preskripsi di Jepun membimbangkan

    TOKYO, 21 JULAI – Seramai 650,000 orang di Jepun menyalahgunakan ubat tanpa preskripsi tahun lepas dengan remaja menjadi kumpulan paling terjejas, menurut satu kajian baharu oleh Kementerian Kesihatan Jepun, lapor Xinhua.

    Kira-kira 0.75 peratus penduduk berusia 15 hingga 64 tahun menggunakan ubat belian kaunter (OTC) seperti penahan batuk dan ubat tahan sakit untuk tujuan khayal, lapor agensi berita Kyodo, memetik penemuan daripada penyelidikan terkini Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

    Kajian itu menawarkan pemahaman lebih baik mengenai skop penyalahgunaan ubat dalam kalangan remaja mendedahkan bahawa kira-kira 85,000 remaja atau 1.46 peratus daripada mereka yang berusia 15 hingga 19 tahun menyalahgunakan ubat. Kadar itu lebih tinggi berbanding mana-mana kumpulan umur lain. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda