Thursday, February 6, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyamar dipenjara 8 bulan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret kelmarin setelah dia mengaku bersalah menyamar sebagai polis.

    Mohd Reduan bin Judin, 37, melakukan kesalahan itu ketika menuntut kad pengenalan dan lesen memandu seorang lelaki asing berusia 44 tahun di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait pada 2 Februari.

    Pendakwa Syazwani Jumat mendedahkan di mahkamah bahawa tertuduh, seorang penghantar makanan, memandu bersama seorang penumpang ketika dia melihat kereta mangsa.

    Dia mengekori kereta tersebut dan memandu seiring di sebelahnya serta memberikan isyarat kepada mangsa supaya berhenti di tepi jalan.

    Mereka kemudiannya berhenti dan tertuduh memperkenalkan dirinya dan penumpang sebagai pegawai polis kepada mangsa.

    Dia bertanya mengapa mangsa bercakap di telefon bimbitnya semasa memandu dan menuntut untuk melihat kad pengenalan dan lesen memandu.

    Perbuatan itu berlanjutan sehingga tertuduh menuntut $300 sebagai bayaran denda untuk menyelesaikan kes tersebut.

    Kad pengenalan mangsa telah tamat tempoh tetapi menjelaskan bahawa pas khasnya masih sah lalu tertuduh kemudian melepaskannya.

    Namun mangsa menjadi curiga terhadap tertuduh dan melaporkannya kepada polis pada keesokan harinya sehingga tertuduh ditangkap.

    Sementara itu, Mohd Sirhan bin Mohd Shadan, 30, yang dinamakan sebagai defendan bersama dalam kes tersebut, menafikan tuduhan yang sama dan perbicaraan akan ditetapkan pada sebutan semula kesnya pada 10 Mac.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Hji Abdul Hamid mengendalikan kes tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda