Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyamar polis mengaku salah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Sorang lelaki yang berdepan tuduhan menyalahgunakan dan memalsukan dokumen polis, menyamar sebagai anggota polis dan menipu melalui penyamaran, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Perantaraan, hari ini.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni bagaimanapun menetapkan 3 November 2018 untuk sebutan hukuman Abdullah Muhammad Sham Khairunnas bin Abdul Wahab berusia 23 tahun.

    Tertuduh didakwa menyamar sebagai anggota polis trafik dan pegawai CID ketika menahan empat orang lelaki warga asing dalam kejadian berasingan dan menyaman dua daripada mereka sebanyak $100, dan dua lagi masing-masing $50 dan $130 atas kesalahan tidak memasang tali pinggang keselamatan ketika memandu selain meng- hadapi tuduhan memalsukan ‘resit polis’, menyalahgunakan buku polis dan memalsukan kertas laporan polis dan butiran kesalahan.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada Julai dan Oktober 2018. Tertuduh diberkas polis apabila dua mangsa yang diberikan ‘saman’ itu membuat laporan polis.

    Tertuduh mengaku telah memalsukan resit itu menggunakan komputer teman wanitanya, yang mana resit yang kononnya dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei itu akan diberikan kepada mangsanya atas kesalahan lalu lintas.

    Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Didi binti Pengiran Latiff.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda