Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Penyamun basikal’ dipenjara 35 tahun

    freepik

    SYDNEY, 24 JUN – Seorang perompak bank Australia yang dikenali sebagai ‘penyamun basikal’ dijatuhi hukuman penjara 35 tahun hari ini, walaupun dia dilaporkan menghidap kanser tahap lanjut dan sedang menunggu kematian yang akan dibantu secara sukarela.

                   Kym Allen Parsons, 73, mengaku melakukan siri rompakan yang lebih berat, dokumen dari Mahkamah Agung Australia Selatan di Adelaide melaporkan.

                   Parsons memperoleh gelarannya itu kerana berjaya melarikan diri daripada beberapa lokasi rompakan dengan menaiki basikal.

                   Pada Isnin, Hakim Sandi McDonald memerintahkannya dipenjara selama 35 tahun, dengan tempoh minimum 28 tahun sebelum layak untuk parol.

                   Peguam Parsons mendedahkan minggu lalu bahawa dia menuntut kematian yang dibantu secara sukarela dan mahu dijatuhkan hukuman terlebih dahulu, menurut transkrip perbicaraan yang diberikan kepada AFP.

                   Dia melakukan rompakan dalam tempoh sedekad sehingga 2014, dengan sering mengacukan senapang dan memakai balaclava atau topi keledar motosikal, menurut penyiar awam ABC.

                   Dia dilaporkan melarikan diri dengan lebih daripada Aus$350,000 (AS$230,000).

                   Perompak itu kini menghidap kanser tahap lanjut, menurut ABC.

                   “Tindakan kamu adalah tercela dari segi moral,” Hakim Sandi McDonald dipetik sebagai berkata.

                   Hakim dilaporkan berkata, Parsons telah menghidap kanser melalui kerjayanya selama 33 tahun sebagai anggota bomba, sambil menambah: “Prognosis kamu buruk dan akan mati dalam penjara.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda