Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Penyanyi Champion Band kini bawa teksi, jalani vasektomi

    Akibat mengalami masalah kewangan, penyanyi Taiwan, Huang Shao Ku mengambil keputusan melakukan prosedur vasektomi.

    Memetik dari mStar, Shao Ku, 42, berkata, dia tidak merancang menambah bilangan anak kerana enggan membebankan keluarga meskipun dari sudut fizikal dia mampu berbuat demikian.

    “Saya minta maaf kerana hanya memiliki dua orang anak. Jika berkemampuan, saya mahu lebih lagi.

    “Memikirkan kepayahan yang dilalui oleh saya dan isteri ketika ini, ia memberi sedikit beban. Jadi saya mengambil keputusan menjalani prosedur vasektomi,” katanya.

    Dia berkongsi perkara tersebut di laman sosial miliknya pada hari dia hadir ke hospital bagi melakukan prosedur itu.

    Shao Ku dan isterinya, Yumi Lin, 38, baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada November lalu.

    Bapa dua anak ini merupakan penyanyi utama kumpulan Champion Band yang popular sekitar tahun 1990-an.

    Kehidupannya mula berubah selepas dia mengalami kerugian akibat gagal dalam perniagaan sehingga terpaksa menanggung hutang keliling pinggang.

    Bagi menampung kehidupan keluarga, Shao Ku bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan sekitar RM4,500 sebulan.

    Bagaimanapun wang berkenaan tidak cukup memandangkan dia perlu membayar yuran bulanan pengasuh anak sulungnya yang kini berusia 2 tahun sebanyak RM2,000. – Agensi

    Shoa Ku kini menyara hidup sebagai pemandu teksi. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...