Penyanyi K-Pop, Yohan meninggal dunia

Berita mengejutkan buat industri K-Pop apabila ahli kumpulan Top Secret (TST) iaitu Yohan disahkan meninggal dunia pada Selasa.

Bagaimanapun menerusi laporan Soompi, punca kematian Yohan, 28, tidak didedahkan.

Agensi yang mewakili kumpulan itu iaitu KJ Music Entertainment mengesahkan menerusi sebuah kenyataan.

“Kami membawa khabar menyedihkan, ahli TST Yohan meninggal dunia pada 16 Jun. Keluarga mendiang amat sedih ketika ini.

“Kami mohon pihak media agar hentikan penyebaran khabar angin dan spekulasi berhubung punca kematiannya,” tulis kenyataan tersebut.

Yohan membuat kemunculan pertama pada 2015 bersama kumpulan NOM sebelum menyertai TST pada 2017.

Terbaharu, TST mengeluarkan album Countdown pada Januari lalu. – Agensi

Punca kematian Yohan tidak didedahkan. – Agensi