Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyanyi rap Singapura didakwa timbulkan ketegangan kaum

    SINGAPURA, 1 NOV – Seorang penyanyi rap kontroversi berketurunan India, Subhas Nair (gambar-AFP) yang menuduh pihak berkuasa bersikap rasis mungkin berdepan hukuman penjara selepas didakwa hari ini kerana menimbulkan perpecahan di antara kumpulan etnik dan agama di negara itu.

    Singapura sudah lama mempromosikan keharmonian kaum dalam kalangan 5.5 juta penduduk berbilang kaumnya, walau bagaimanapun, masih ada rungutan bahawa majoriti etnik Cina menikmati keistimewaan lebih meluas.

    Penyanyi rap yang lantang bersuara itu berdepan empat pertuduhan ketika dihadapkan ke mahkamah hari ini atas kesalahan yang didakwa berlaku di antara tahun 2019 dan tahun ini.

    Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 29 tahun itu menulis komen di media sosial mendakwa seorang lelaki Cina yang terbabit dalam kes kematian individu berbangsa India menerima layanan baik daripada pihak berkuasa kerana bangsanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda