Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Penyanyi rapper maut ditembak

    Penyanyi rap, Takeoff, 28, dari kumpulan trio, Migos, maut selepas dilaporkan ditembak di pusat permainan boling.

    Takeoff atau nama sebenar, Kirshnik Khari Ball menghembuskan nafas terakhir di depan bapa saudara dan rakan anggota Migos, Quavo, lapor agensi.

    Ketika kejadian, penyanyi itu dilaporkan menghadiri parti tertutup di luar premis 810 Billiards & Bowling Houston.

    Polis mengesahkan laporan satu kematian di lokasi tetapi tidak mendedahkan identiti mangsa.

    Seramai lebih 40 orang berada di lokasi ketika insiden terbabit, lapor agensi.

    Dilaporkan, imej dari lokasi itu menampakkan Takeoff terbaring kaku berlumuran darah dipercayai ditembak di kepala. Tembakan itu berlaku sejam selepas Takeoff memuat naik satu hantaran di Instagram Story.

    Ruangan komen hantaran terbaharunya di IG dipenuhi emoji dan ucapan sedih atas pemergian penyanyi rap yang memiliki lebih lapan juta pengikut di laman sosial itu. – Agensi

    Takeoff menghembuskan nafas terakhir di depan bapa saudara dan rakan anggota Migos, Quavo. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...