Thursday, November 14, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyanyi Thailand berdepan pertuduhan

    BANGKOK, 10 OKT – Seorang penyanyi pop Thailand berprofil tinggi berusia 63 tahun melutut di atas jalan raya dan tunduk memohon maaf selepas kejadian kemalangan kereta mengakibatkan seorang wanita terbunuh manakala seorang lagi cedera, kata polis hari ini.

    Kejadian yang menimpa Manasawin Nantasen adalah berbeza daripada beberapa insiden yang pernah berlaku sebelum ini di Asia Tenggara, di mana golongan kaya dan berkuasa kadangkala terlepas daripada menerima hukuman.

    Dia berdepan pertuduhan memandu secara berbahaya, dengan penalti maksimum penjara 10 tahun akan dikenakan jika sabit kesalahan. Polis berkata mereka mengharapkan dia untuk bekerjasama dengan siasatan.

    Dikenali sebagai Tik Shiro, dia menjadi terkenal pada 1980an dan kerjaya muziknya selama bertahun-tahun, topi fedora dan gerakan tarian yang diilhamkan oleh moonwalk menjadikannya terkenal dengan nama samaran ‘Michael Jackson dari Thailand.’

    Semasa kejadian, dia telah memandu kereta Hyundainya melintasi jambatan di Bangkok dan kemudiannya melanggar sebuah motosikal, membunuh seorang wanita berusia 28 tahun yang dikenali sebagai Tianporn, dan mencederakan abang mangsa, Chakkraphat, 21, kata polis.

    “Sepanjang hidup, saya tidak pernah terfikir untuk melakukan kejadian sebegitu,” katanya. “Ia tidak sepatutnya berlaku,” tambahnya.

    Laporan media tempatan berkata, selebriti itu akan membayar 100,000 baht (AS$3,000) untuk perbelanjaan pengebumian Tianporn dan menampung kos perubatan Chakkraphat. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda