KUALA LUMPUR – Penghasilan dan penyebaran video-video kecerdasan buatan (AI) deepfake di platform media sosial terutamanya melibatkan tokoh-tokoh politik, dengan menjadikan isu-isu sensitif sebagai topik utama, berpotensi menimbulkan ancaman yang serius terhadap keselamatan negara. Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Siber Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Selvakumar Manickam berkata dalam senario yang ekstrem, video AI deepfake

