Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyediaan kerangka dasar, pelan strategik realisasi visi

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Feb – Penyediaan Kerangka Dasar Kementerian Pembangunan dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan adalah salah satu inisiatif utama Kementerian Pembangunan ke arah pendekatan secara bersepadu.

    Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Haji Marzuke bin Haji Mohsin menjelaskan, ia bukan saja menjadi rujukan utama di peringkat pengurusan bagi menyediakan setiap lapisan perancangan dan pelan tindakan tapi ia juga menjadi rujukan setiap lapisan warga kementerian bagi setiap tugasan harian yang dilaksanakan ke arah merealisasikan visi Kementerian Pembangunan seterusnya Wawasan Brunei 2035.

    Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya pada Bengkel Pelan Strategik Kementerian Pembangunan di kementerian berkenaan, hari ini, beliau menjelaskan bahawa kementerian melalui penyelaras Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik (PCSP) telah menyediakan satu draf kertas Kerangka Dasar Kementerian Pembangunan yang akan diedarkan kepada semua jabatan dalam sedikit masa lagi.

    Menurutnya, kerangka dasar itu akan dijadikan panduan serta terma rujukan utama kementerian dan jabatan di bawahnya bagi penyejajaran dasar dan hala tuju yang mendukung ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035.

    Menteri Pembangunan bergambar ramai selepas perasmian Bengkel Pelan Strategik Kementerian Pembangunan.

    “Dengan adanya Kerangka Dasar kementerian ini, adalah tepat masanya bagi kita melangkah ke hadapan dengan mengkaji semula Pelan Strategik Kementerian Pembangunan yang ada untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa seterusnya mendukung dasar utama seperti yang digariskan melalui Kerangka Dasar Kementerian Pembangunan.

    “Pelan Strategik yang telah dikemas kini nanti akan menjadi landasan dan penekanan untuk mengenal pasti inisiatif utama secara sistematik dengan mengambil kira mod perlaksanaan (mode of implementation) berkesan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pihak,” tegasnya.

    Menurutnya lagi, Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023 akan diedarkan kepada semua jabatan untuk diberigakan kepada semua warga di bawah jabatan masing-masing.

    Bengkel selama tiga hari itu akan dimudah cara secara in-house oleh PCSP dengan menggunakan rangka kerja berstruktur melalui metodologi pendekatan penyampaian dalam penganalisisan pelan strategik bagi menghasilkan ‘desired deliverables’.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda