HANOI, 3 JAN – Vietnam hari ini mengerahkan anggota tentera dan pakar-pakar kejuruteraan untuk membebaskan seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang terperangkap dalam tiang lekuk yang tertanam di satu tapak pembinaan.
Para penyelamat berharap untuk menaikkan tiang berkenaan dari lubang sedalam 35 meter dan mengeluarkan budak bernama Thai Ly Hao Nam itu, walaupun sudah tiga hari terperangkap di dalam, tidak jelas sama ada dia masih hidup.
Budak itu jatuh ke dalam lubang tiang setinggi 25 sentimeter itu, yang tertanam sebagai sebahagian daripada jambatan baharu di wilayah delta Mekong, Dong Thap, pada Sabtu lalu, nampaknya ketika mencari logam sekerap.
Paip logam sepanjang 19 meter yang lebih luas telah diturunkan di sekitar tiub konkrit di mana Nam terperangkap untuk membolehkan mereka memindahkan lumur di sekeliling tiang itu dan cuba menariknya keluar.
Para penyelamat melembutkan dan memindahkan lumpur dan air untuk mengurangkan tekanan di sekitar tiang sebelum menariknya, berkemungkinan lewat malam ini.
Kira-kira 100 orang anggota tentera dan peralatan profesional telah dikerahkan di tapak berkenaan, yang telah ditutup daripada awam sementara usaha menyelamat dilaksanakan. – AFP

Dong Thap, Vietnam, kelmarin. – AFP