Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelamat mengejar masa

    Para penyelamat di kawasan-kawasan yang terjejas oleh Taufan Harvey mengejar masa untuk memindahkan orang ramai apabila tahap air banjir mula naik. – AFP

    HOUSTON, 30 Ogos – Para penyelamat di Texas mengejar masa hari ini untuk mencari mangsa-mangsa terselamat dari Taufan Harvey dan membawa mereka ke tempat selamat, dengan datuk bandar Houston mengisytiharkan perintah berkurung waktu malam ketika hujan lebat terus turun dan air banjir semakin meningkat.

    Lima hari selepas ribut besar melanda laut sebagai taufan Kategori empat, yang mengubah jalan raya menjadi sungai dan kawasan-kawasan menjadi tasik di bandar keempat terbesar di Amerika, krew-krew kecemasan masih bertungkus lumus untuk sampai kepada beratus-ratus orang yang terkandas, dalam operasi menyelamat besar-besaran dua puluh empat jam.

    Perintah berkurung diisytiharkan oleh Datuk Bandar Houston Sylvester Turner berkuat kuasa pada pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 5 pagi, untuk membantu usaha mencari dan menghalang kemungkinan penjarahan di bandar yang dilanda banjir itu.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda