Thursday, February 6, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelenggaraan tangki simpanan air jejas bekalan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Kerja-kerja penyelenggaraan ke atas tangki-tangki simpanan air akan dilaksanakan di beberapa kawasan yang akan mengakibatkan gangguan bekalan air.

    Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) penutupan sementara bekalan air tangki akan dilaksanakan di kawasan Bangar dan Sibulu di Mukim Amo dan Mukim Bangar di Daerah Temburong pada jam 11 malam sehingga selesai pada 30 Mac manakala di Rimba, Mukim Gadong A gangguan akan berlaku pada jam 11 malam sehingga selesai pada 31 Mac.

    JKR bagaimanapun memberi jaminan setiap langkah telah diambil untuk mengembalikan bekalan air seperti sedia kala secepat mungkin.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berjimat dalam penggunaan air dan menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan mengenai pembekalan air bersih.

    Jabatan itu memohon maaf atas kesulitan yang mungkin dialami dan merakamkan ucapan terima kasih atas kesabaran dan kefahaman orang ramai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda