Friday, October 11, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelewengan dana tidak wajar dipolitikkan

    KOTA KINABALU, 10 Okt – Tindakan agresif pihak Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam membongkar kes penyelewengan dan rasuah adalah suatu yang amat positif dan tidak wajar dipolitikkan, kata Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto.

    Beliau berkata tindakan itu membuktikan ketelusan SPRM sebagai sebuah badan bebas dan tidak terikat untuk memenuhi agenda pihak yang berkepentingan dalam satu-satu prosedur penyiasatan.

    “Masyarakat harus memberikan sokongan terhadap usaha SPRM memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini selain tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang cuba memperlekeh kredibiliti pihak SPRM.

    “SPRM dilihat menjalankan tugas mereka dengan efektif sesuai dengan lunas perundangan yang berkuat kuasa. Tindakan agresif mereka jelas tidak memilih bulu dan tidak wajar dilabelkan sebagai serangan kepada mana-mana parti politik khususnya terhadap pihak pembangkang di Sabah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Mohd Zaki berkata demikian bagi mengulas tindakan terkini pihak SPRM yang memfokuskan penyiasatan terhadap penyalahgunaan dana rakyat bagi projek pembangunan luar bandar di Sabah.

    Sehingga kini, beberapa individu yang dikaitkan dengan sebuah kementerian, ditahan pihak SPRM bagi tujuan siasatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda