KOTA KINABALU, 15 SEPT – Allahyarham Sulimah Gilong, Penyelia Jururawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah memberikan sinar kehidupan buat lima individu apabila mendermakan organ kepada pesakit yang amat memerlukan. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Asits Sanna berkata Sulimah telah mendaftar sebagai penderma organ sejak 2015 dan organnya berjaya menyelamatkan tiga pesakit mengalami

