Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelidik China bangunkan model AI baharu

    BEIJING, 2 OGOS – Penyelidik China telah membangunkan model kecerdasan buatan (AI) yang dikuasakan oleh algoritma pembelajaran mendalam untuk meramalkan perkembangan dan corak peristiwa El Nino di tengah Pasifik.

    Saintis percaya peristiwa El Nino di tengah Pasifik boleh memberi kesan yang meluas terhadap iklim global, menjadikan ramalan yang tepat penting untuk kesediaan dan pengurangan risiko.

    Berdasarkan teknologi rangkaian saraf konvolusi, penyelidik dari Institut Fizik Atmosfera (IAP) di bawah Akademi Sains China membangunkan model pembelajaran mendalam untuk meramalkan corak spatial anomali suhu permukaan laut di Pasifik khatulistiwa, kata Xinhua.

    “Kajian ini menunjukkan potensi AI dalam meningkatkan ramalan kejadian iklim yang ketara seperti El Nino yang boleh membawa kesan buruk di seluruh dunia,” kata penyelidik di IAP dan pengarang kajian yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Advances in Atmospheric Sciences, Huang Ping.

    Menurut kajian itu, model AI mengatasi model dinamik tradisional dalam ketepatan, terutamanya dalam meramalkan anomali suhu permukaan laut di Pasifik khatulistiwa barat-tengah.

    Kajian itu juga mencadangkan bahawa model hibrid yang menggabungkan ramalan daripada kedua-dua model AI dan model dinamik mencapai ketepatan yang lebih tinggi untuk peristiwa El Nino di tengah dan timur Pasifik. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda