GENEVA, 14 APRIL – Penyelidik dari Institut Teknologi Persekutuan Switzerland di Zurich (ETHZ) menyata-kan pada Selasa bahawa cara orang menaip dan menggunakan tetikus komputer mereka boleh menjadi penunjuk tekanan yang lebih baik berbanding kadar denyutan jantung mereka, sambil menambah model mereka boleh membantu mencegah tekanan kronik.
Menurut penyelidik ETHZ, mereka telah menggunakan data baharu dan pembelajaran mesin untuk membangunkan model terkini bagi mengesan tahap tekanan di tempat kerja, berdasarkan hanya pada cara orang menaip atau menggunakan tetikus mereka.
“Cara kita menaip pada papan kekunci dan menggerakkan tetikus nampaknya menjadi petunjuk yang lebih baik untuk meramal tekanan yang kita rasakan di persekitaran pejabat berbanding kadar denyutan jantung kita,“ kata ahli matematik dan pengarang kajian, Mara Nagelin.
Untuk kajian itu, penyelidik ETHZ memantau 90 peserta dalam makmal menjalankan tugas pejabat yang hampir dengan realiti, seperti merancang janji temu atau merekod dan menganalisis data. – AFP