Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelidik temui kaedah merawat kanser darah AML

    CANBERRA, 9 MEI – Penyelidik-penyelidik dari Australia Selatan mencatat kejayaan besar dalam mengatasi ketahanan ubat bagi pesakit yang menghidap kanser darah yang jarang berlaku.

    Dalam kajian yang diterbitkan hari ini, pasukan dari University of South Australia (UniSA) dan Pusat Patologi bagi Biologi Kanser Australia Selatan berkata mereka telah menemui cara untuk menyekat protein yang meningkatkan ketahanan terhadap ubat yang digunakan bagi merawat pesakit lukemia myeloid akut (AML).

    AML adalah sejenis kanser jarang berlaku yang menjejaskan darah dan sum-sum tulang yang membunuh lebih 70 peratus daripada pesakit dalam tempoh lima tahun semasa diagnosis.

    “Setiap tahun di Australia, kira-kira 900 orang didiagnosis dengan AML, kanser darah dan tulang rusuk yang dicirikan dengan penghasilan berlebihan sel darah putih berkanser yang digelar leukaemic blast,” kata Stuart Pitson, pengarah kajian dalam kenyataan.

    “Sel ini akan menolak sel darah putih normal, yang kemudian tidak dapat melakukan kerja-kerja untuk melawan jangkitan, dengan itu meningkatkan risiko jangkitan, tahap oksigen yang rendah dan pendarahan.”

    Pesakit-pesakit pada mulanya bertindak balas kepada Venetoclax, kaedah rawatan baharu bagi AML, tetapi lama kelamaan sel berkembang untuk melawannya.

    Walau bagaimanapun, pasukan penyelidik itu mendapati bahawa menyelaraskan metabolisme lipid dalam badan boleh menyekat protein digelar Mc1-1 yang memudahkan ketahanan ubat.

    Pitson berkata penemuan itu boleh merevolusikan dalam bagaimana AML dirawat.

    Pasukan tersebut kini sedang berusaha untuk mengoptimumkan ubat-ubat yang menyasarkan protein untuk dibawa ke ujian klinikal.- Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda