Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyelidik temui kaedah penghasilan yogurt guna semut

    COPENHAGEN, 5 OKT – Sekumpulan penyelidik dari Universiti Copenhagen dan Technical University of Denmark menjalankan kajian mengenai kaedah penapaian tradisional yang menggunakan semut kayu dan susu suam yang berasal dari Turkiye dan Balkan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
     
    Bagaimanapun, mereka menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah itu di rumah.
     
    Pasukan penyelidik berkenaan melakukan perjalanan ke Bulgaria apabila saudara-mara kepada pengarang bersama dan ahli antropologi, Sevgi Mutlu Sirakova menjelaskan tradisi itu, menurut laporan yang diterbitkan dalam jurnal iScience hari ini.
     
    Veronica Sinotte dari Universiti Copenhagen berkata mereka menambah empat ekor semut ke dalam segelas susu suam, mengikut arahan daripada bapa saudara Sevgi. 
     
    Gelas itu kemudiannya diletakkan semalaman di dalam busut bagi mewujudkan keadaan sesuai untuk proses penapaian. Keesokannya, susu itu telah menjadi pekat dan masam, menyerupai peringkat awal yogurt.
     
    Ketua penyelidik, Leonie Jahn dari Technical University of Denmark berkata walaupun semut boleh dimakan, secara tradisinya ia tidak dimakan kerana semut daripada kelompok pertama digunakan untuk memulakan kultur yogurt seterusnya. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda