KUALA LUMPUR, 18 Jan – Beratus-ratus burung yang diseludup dari Malaysia ke Indonesia telah mati setelah penyeludup membuangnya ke laut ketika dipintas oleh pasukan pengawal pantai, menurut pegawai semalam.
Burung-burung berkenaan, yang kebanyakannya terdiri dari jenis burung lark sering kali dijual sebagai burung peliharaan di Indonesia, telah dilempar ke laut bersama-sama sangkarnya oleh suspek apabila mereka dikejar di pantai barat daya semenanjung Malaysia pada Selasa lalu.
“Jumlah burung berkenaan ialah sebanyak 300 ekor, hanya tiga daripadanya berjaya diselamatkan,” menurut pegawai pemerintah pengawal pantai Malaysia Azman Samsudin kepada AFP.
“Apabila kami mengejar penyeludup itu, mereka membuang burung-burung itu ke laut.”
Empat suspek warganegara Indonesia ditangkap selepas memasuki wilayah konfrontasi Malaysia berdekatan negeri Selangor di Selat Melaka, sebuah laluan perkapalan tersibuk yang memisahkan Malaysia dan pulau Sumatera, Indonesia.
Burung-burung berkenaan yang dipercayai burung lark belukar yang boleh ditemukan di seluruh Asia Tenggara, disyaki dibawa dari Vietnam ke Malaysia melalui jalan darat.
Azman berkata ia merupakan percubaan penyeludupan haiwan yang pertama yang pernah disaksikan oleh pegawai di sepanjang pantai selatan negara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Penyeludupan burung liar berlaku secara berleluasa di Asia Tenggara, kebanyakannya menjadikan Indonesia sebagai destinasi yang terkenal sebagai penggemar unggas tersebut dan sering mengadakan pertandingan suara burung.
Penyeludupan hidupan liar merupakan perkara biasa dalam kepelbagaian spesies di Malaysia, yang sering menjadikan tenggiling hingga orangutan sebagai sasaran. – AFP