Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyeludup manusia tinggalkan 19 pendatang di perairan Greece

    ATHENS, 24 MAC – Seorang pendatang maut manakala 18 yang lain berjaya diselamatkan selepas penyeludup manusia meninggalkan mereka ketika cuba menyeberangi Laut Aegean, kata polis maritim Greece kelmarin.

    “Lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri pada Sabtu malam di perairan berhampiran Farmakonisi, sementara tiga kanak-kanak bersama seorang penjaga mereka telah dihantar ke hospital di Athens,” kata jurucakap pasukan pengawal pantai kepada AFP.

    Menurut beliau, 14 pendatang lain, semuanya warga Afghanistan, dibawa ke kem penerimaan Leros dalam keadaan selamat. Mangsa yang terselamat mendakwa bahawa penyeludup manusia meninggalkan mereka berhampiran Pulau Agathonisi sebelum berpatah balik ke Turkiye.

    Pihak pengawal pantai Greece melancarkan operasi pencarian selepas menerima laporan dan akhirnya menemui kumpulan pendatang tersebut.

    Pulau-pulau Greece yang terletak di tenggara Eropah sering menjadi laluan utama bagi pendatang tanpa dokumen dari Asia dan Timur Tengah yang cuba menuju ke Eropah Barat. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda