Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyeludupan: 6 warga China, seorang warga PNG ditahan

    SYDNEY, 30 Ogos – Enam warga China dan seorang warga Papua New Guinea (PNG) telahpun ditahan selepas cuba sampai ke Australia dengan bot, dengan dua di antara mereka didakwa menyeludup orang, kata pegawai hari ini.

    Lelaki tersebut dipintas di Selat Torres di utara Australia.

    Akhbar Sydney Morning Herald berkata mereka menjejak kaki di pulau Saibai pada minggu lalu, yang akan menjadikannya bot pertama yang sampai ke pantai Australia dalam hampir tiga tahun. Pihak berkuasa di negara enggan mengesahkan kumpulan membuat pendaratan.

    Hanya pada Isnin, kerajaan mengumumkan kejayaannya dalam menghalang mana-mana penghijrah daripada tiba dengan bot dalam lebih 1,000 hari.

    “Baru-baru ini Anggota Sempadan Australia mengesan dan menahan enam warga China yang cuba memasuki Australia secara haram,” kata jurucakap jabatan imigresen dan perlindungan sempadan.

    “Operasi tersebut menunjukkan keberkesanan kehadiran penguatkuasaan undang-undang Australia yang kukuh di rantau Selat Torres.”

    Ia berkata lima di antara mereka telah pulang ke China manakala dua orang, termasuk warga Papua New Guinea, ditahan dan didakwa menyeludup orang.

    “Mereka telah hadir di mahkamah dan direman dalam tahanan. Memandangkan kes tersebut adalah kes mahkamah, adalah tidak wajar untuk memberi komen lanjut,” tambah jurucakap.

    Pencari perlindungan yang cuba sampai ke Australia dengan bot sama ada diminta berpatah balik atau dihantar ke kem terpencil di Nauru dan Pulau Manus di Papua New Guinea, di mana keadaan di sana telah dikecam.

    Mereka dihalang daripada menetap semula di Australia.

    Sejak langkah ketat berkenaan dilaksanakan, yang dikatakan oleh kerajaan perlu untuk mengelak kematian di laut, Australia telah mencatat lebih daripada 1,000 hari sejak kapal pencari suaka terakhir sampai ke pantainya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda