Oleh Fadley Faisal BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MAC – Mahkamah Perantaraan semalam menetapkan 18 April untuk memberikan keputusan mengenai pembelaan prima facie berkenaan kes penyeludupan manusia. Muhammad Zularif bin Zinial, 26, telah mengaku bersalah atas dakwaan memasuki Brunei tanpa menggunakan pasport pada 24 September 2019 dan menafikan dakwaan membawa tiga orang rakyat Vietnam yang diseludupkan

