Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Penyerahan 10 jentera bomba tingkatkan perkhidmatan JBL

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Dalam meningkatkan keupayaan operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) menyaksikan penyerahan 10 buah Jentera Water Tender Ladder (WRL) Fasa 1 dalam majlis pentauliahan jentera-jentera tersebut yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama, Berakas, kelmarin.

    Penyerahan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, khususnya dalam meningkatkan keupayaan operasi pemadaman kebakaran dan penyelamatan.

    Usaha itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) untuk menyediakan sumber dan peralatan moden yang menyokong kecekapan serta keselamatan anggota bomba semasa menjalankan tugas.

    Dengan pelancaran jentera baharu berkenaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat yakin bahawa tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi jabatan akan dapat dipertingkatkan, sejajar dengan visinya untuk menjadi perkhidmatan bomba dan penyelamat yang bertaraf dunia melalui profesionalisme, kesiapsiagaan serta kecemerlangan perkhidmatan.

    Hadir bagi menyempurnakan majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin hadir menyempurnakan majlis berkenaan.

    Turut hadir ialah para Ahli Majlis Mesyuarat Negara, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua jabatan di bawah KHEDN, pegawai kanan, pegawai serta pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ustaz Haji Shamsuri bin Haji Tuah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Azmi bin Haji Hafneh.

    Azmi bin Hafneh menyampaikan ucapan.

    Sebagai simbolik pelancaran rasmi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin seterusnya merasmikan pelancaran Jentera WRL Fasa 1, disusuli dengan bacaan Doa Selamat sempena pelancaran berkenaan.

    Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin hadir merasmikan pelancaraan jentera berkenaan.

    Dengan perolehan 10 buah jentera melalui kaedah pajak sewa itu, akan dapat memastikan kesiapsiagaan dan tahap tindakan operasi kecemasan yang sentiasa tinggi, memantapkan kadar sedia berkhidmat yang cemerlang sekali gus memberi jaminan keselamatan awam yang diyakini masyarakat.

    Sebahagian daripada jentera tersebut.

    Bagi fasa pertama ini, jentera-jentera berkenaan akan ditempatkan di balai-balai yang mempunyai kadar panggilan kecemasan yang tinggi bagi mengukuhkan keberkesanan operasi kecemasan.

    Majlis diteruskan dengan lawatan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin ke pameran jentera WRL, di mana beliau turut diberi penerangan ringkas mengenai spesifikasi teknikal, fungsi serta keupayaan operasi jentera berkenaan dalam memperkukuh keberkesanan perkhidmatan bomba dan penyelamatan di negara ini.

    Semua di atas: Tetamu kehormat mendengar penerangan semasa majlis berkenaan.

    Sebelum ini, Majlis Menandatangani Certificate of Delivery bagi 10 buah jentera bomba pajak sewa jenis WRL Fasa 1 antara Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Syarikat Brunei Engineering, Logistics and Training Solutions (BELTS) telah berlangsung di Mess Pegawai, Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 4 November lalu.

    Antara yang hadir ke majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda