Oleh Nurdiyanah R. –
TUTONG, 15 JAN – Sebanyak $2,269.15 hasil kutipan daripada jualan tiket Malam Persembahan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong anjuran Institusi Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong telah diserahkan kepada Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.
Majlis penyerahan sumbangan berkenaan telah berlangsung di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, baru-baru ini.
Penyampaian derma berkenaan telah disempurnakan oleh pengerusi-pengerusi bersama Persembahan Kebudayaan Etnik Daerah Tutong kepada Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri dan seterusnya diserahkan kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023.